Aku cuti awal iaitu hari Sabtu lagi tapi menunggu isteri cuti dan juga temujanji puteri kesayangan di Klinik Kg. Bandar pada hari Isnin #teamrayakelate selamat sampai 15 minit melepasi waktu berbuka pada 12 Jun 2018. Alhamdulillah dapat juga berbuka bersama.
Raya kali ini, pada 1 Syawal semua adik-beradik pulang beraya di rumah Kubang Kerian. Walaupun seperti biasa sambutannya, tapi seronok dapat berkumpul. Ayah Su juga balik raya di sini.
Pada sebelah malam kami buat BBQ. Meriah juga dapat berkumpul. Tahun depan kat Banting pula.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir & batin.
mat ri ye