Ayuh ke Sekolah

Alhamdulillah, anak ayah sudah bersekolah secara rasmi. Jadi ayuh ke sekolah bersama-sama. Sepatutnya sekolah untuk sesi 2022 bermula pada 21 Mac 2022 tetapi disebabkan cikgu positive covid maka sekolah ditunda.

Sebelum sesi 2022 bermula, Aufa Fathia sudah ke sekolah tapi sekadar menghabiskan sesi 2021 yang hanya berpakaian biasa dan pergi melakukan aktiviti kreatif.

Malangnya baru dua hari mula sekolah, ada pula pelajar positive (tidak bergejalan & kontak rapat). Maka kelas terpaksa tutup lagi. Jika berterusan begini, tak tahu macam mana perkembangan anak-anak. Harap semua baik-baik sahaja.

Kalau suka membaca, kenapa tidak cuba menulis.