Puteri Kedua – Selamat Datang Ayah Ucapkan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, pada 28 Ogos 2020, 11.45 pagi telah lahir seorang puteri kedua dalam keluargaku.

Kalau puteri sulung kami sempat berjalan-jalan, kali ini aku bekerja pada hari tersebut. Seperti biasa, bersiap untuk kerja. Isteri cakap macam sakit contraction tapi aku cakap normal la kot dan terus pergi kerja. Sebab seminggu sebelum tu dah rasa sakit & aku ambil emergency leave tetapi belum bersalin juga lagi. Jadi kali ini aku terus je kerja tetapi stanby.

Satu jam di ofis, isteri cakap macam dah tiba masa dan aku terus bergegas balik. Berdesup bawa motosikal membelah angin di highway SKVE. Sampai rumah, sempat lagi puan bini order nasi sebab lapar. Fuh, orang perempuan ni memang hebat. haha~

Tidak tunggu lama, selepas tu aku terus bawa isteri ke Hospital Banting dan masud labor room terus. Pengalaman bersalin di musim wabak Covid-19 ni, suami tak dibenarkan masuk labor room. Dari luar aku hanya dengar teriakan isteri dan selepas beberapa ketika tangisan seorang bayi. Walaubagaimanapun aku tetap menunggu kerana tiada berita disampaikan. Tidak lama kemudian baru dapat tahu dari Whatsapp keluarga semua selamat.

Alhamdulillah. Puteri kedua – selamat datang ayah ucapkan.

Selamat berjaga malam buat diriku. Semoga tabah dan sabar dalam menghadapi segala ujian jika ada. Adik perempuan pesan, yang penting jaga emosi. Sekali sekali memang tak terkawal bila terlampau penat. Sekarang anak kedua, maknanya nak kena jaga anak pertama juga.

InsyaAllah, semoga dipermudahkan segala urusan.

Nama hanya boleh didaftarkan pada 18 Ogos 2020. Wabak punya pasal, semua perlu buat tempahan.

Kalau suka membaca, kenapa tidak cuba menulis.