Alhamdulillah, 10/12/2017 8.13 malam merupakan detik yang penuh bermakna dalam sejarah hidup di dunia ini. Seorang cahaya mata yang diberi nama Nur Aufa Fathia selamat dilahirkan. Ini merupakan pengalaman pertama kali menjadi seorang bapa (aku guna gelaran ayah).
“9 bulan 10 hari isteri aku kandung beb!”
“Semua orang dah tau bro”
“Yelaaaaa -.- ”
Masih segar dalam ingatan, pagi tersebut kami sekeluarga sempat lagi ke Aeon Shah Alam untuk makan-makan. Sebenarnya pada pagi itu tanda sudah ada tapi keinginan isteri untuk keluar berjalan tu tetap kuat. Aku hanya turutkan saja memandangkan rasa sakit tu biasa-biasa sahaja. Sekejap je kami di Aeon Shah Alam kerana isteri rasa sakit. Jadi kami terus balik selepas makan.
Rasa sakit semakin menjadi-jadi
Keputusan dibuat untuk ke hospital. Jam lebih kurang 6 petang kami ke Hospital Banting.
2 jam jugak aku menunggu kat luar. Dalam jam 8 malam nurse panggil masuk, teman isteri bersalin. Aku apa lagi, memang ditunggu-tunggu. Berkat doa diri & keluarga pada Allah S.W.T, proses kelahiran dipermudahkan. Bila kedua-dua sudah selamat, sudah tentu aku kena keluar. Air mata lelaki keluar weh. Perasaannya…
Foto di atas ketika hari ke 16.
Semoga membesar dengan sihat dan sempurna serta menjadi anak yang soleh.
