Site icon Mohd Farihan

Tiada lagi caj RM0.50 untuk instant transfer

Sejak CIMB tidak mengenakan caj RM0.50 untuk pemindahan wang segera antara bank (Instant Transfer) aku memang jadi pengguna setia CIMB sejak beberapa bulan lepas. Dapat gaji, terus transfer amaun yang banyak dari Maybank ke CIMB. Senang nak transfer duit ke mana-mana bank tanpa caj.

Sebenarnya perkara ini selari dengan pengumuman pihak Bank Negara Malaysia pada tahun lepas. Walaubagaimanapun, pemindahan percuma untuk transaksi segera ini hanya tertakluk kepada pemindahan dana di bawah RM5,000 secara atas-talian.

Pihak Bank Negara Malaysia hadir dengan langkah ini dalam lebih mengalakkan pengguna membuat pembayaran elektronik. Disamping itu, ia juga akan mengalakkan lagi arena kewangan digital, e-dagang, dan nirtunai yang semakin berkembang sejak akhir-akhir ini.

Seperti yang sedia maklum, CIMB telah pun mula mengimplementasi perkara ini sejak beberapa bulan yang lepas dan bermula 1 Julai 2018 perkara ini turut diimplementasi oleh semua bank seluruh negara untuk transaksi atas-talian.

Exit mobile version