Terima Kasih Ayah ‘Abe’ Ucapkan

Terima kasih ayah!

Terima kasih ayah di atas penat lelah dirimu. Walaupun terlihat tenang dan kuat, ayah tetaplah manusia biasa yang memiliki kata hati yang terpendam. Kata hati ini adalah harapan dan doa untuk buah hati tercinta. Itulah ayah.

Ayah…

Seorang ayah akan selalu memberikan yang terbaik untuk anak-anaknya walaupun apa yang telah diusahakannya bermati-matian itu kadang-kala dianggap masih kurang oleh anak.

Jangan pernah fikir bahawa seorang ayah tidak mengetahui anaknya tidak puas atas pemberiannya, dia tahu tentang hal itu tetapi tidak sesekali mengungkapkannya. Malah, perkara inilah yang menjadi benih semangat seorang ayah. Ayah akan selalu berusaha memberikan yang terbaik untuk anaknya, lagi dan lagi, siang dan malam sehinggakan kadang-kala menganggu fikirannya. Dan saat itu, terlihat mereka tidak lena tidur kerana fikiran terganggu.

Ayah, mereka akan selalu berdoa semoga bertambah rezekinya, selalu berdoa agar tidak terkena penyakit disaat mereka sedang berjuang demi kehidupan keluarganya. Semua itu bukan untuk dirinya hidup semewah mungkin, bukan untuk membeli barang-barang yang diinginkan sejak dahulu. Ingatlah! sebelum menempatkan keinginannya, seorang ayah akan selalu mendahulukan keinginan anak-anaknya dan isterinya. Namun terkadang kita kurang mensyukuri kenikmatan yang Tuhan berikan kepada kita melalui hasil jerih payah dan keringat ayah kita. Padahal, jika kita yang berada ditempat seperti itu, belum tentu kita kuat dan tabah menjalaninya sekuat dan setabah ayah kita.

Seorang ayah akan terus berjuang mengorbankan waktu, tenaga dan fikirannya hingga ajal menjelang jika memang itu adalah apa yang harus dilakukannya demi kebahagiaan anak isterinya. Hargailah perjuangannya!

Anak, ayah kuat menahan penderitaan, tapi ayah akan hancur jika melihat kau dan ibumu ikut merasakannya

Terima kasih ayah, Mohamad b. Hussin kerana membesarkan diri ini sehingga berjaya. Kini diriku juga adalah seorang ayah kepada seorang puteri tercinta. Bagi diri ini, sejujurnya tidak mungkin aku akan sekuat dan setabah ayahku.

Kalau suka membaca, kenapa tidak cuba menulis.