Pengalaman menginap di hotel bertaraf 5 bintang sememangnya menyeronokkan. Terletak di Batu 12, Jalan Pantai Port Dickson, Lexis Hibiscus Port Dickson mempunyai tarikan yang tersendiri untuk dikunjungi. Jika dilihat dari atas, binaan yang direka seakan bunga raya sungguh menarik.
Pada 28 April 2019, aku dan keluarga berpeluang untuk menginap di hotel mewah ini. Ianya adalah short escape yang diuruskan oleh syarikat aku bekerja.
Aku sekeluarga bertolak agak lambat dari Banting. Perjalanan hanya memakan masa lebih kurang 1 jam 40 minit dari rumah di Kg Bandar, Banting. Sudah tentu sampai pun agak lambat berbanding orang lain.
Sudah sampai, semestinya teruja. Bilik yang aku dapat adalah Executive Pool Villa. Kalau tak silap aku, rate untuk bilik ini adalah sekitar RM680 semalaman.

Petang itu kami lepak di Hibiscus Walk. Perlu berjalan kaki untuk ke sana. Hibiscus Walk adalah jalan untuk menuju ke pantai di resort ini. Sebelum sampai sempat bergambar untuk kenangan.

Semasa lepak petang tu, kami makan-makan. Karipap di sana 3 biji berharga RM7. Air kelapa RM10 sebiji. Biasalah, 5-stars resort. Geng ofis sempat bermain banana bot. Sebenarnya banyak aktiviti boleh dilakukan kat sini. Aku tidak turut serta sebab niat datang sini sebenarnya nak bagi puteri kesayangan mandi kolam. kah kah kah!

Sebelah malamnya, selepas makan malam kami hanya sempat ke Games Room sahaja. Satu malam sebenarnya tidak cukup untuk menerokai pelbagai perkara menarik. Keesokannya, kami berangkat pulang. Tiada apa nak dilawat di kawasan ini sebab selalu datang tetapi untuk kali ini walaupun sekejap ianya tetap menyeronokkan.