Site icon Mohd Farihan

King Crab @ ShellOut Sempena Hari Lahir Isteri

King Crab di ShellOut

Kalau bercakap pasal mengidam, selagi tidak dapat apa yang diidamkan memang buat kita terfikir-fikir. Ceritanya, isteri mengidam hendak rasa King Crab. Sebenarnya sudah lama mengidam tetapi apakan daya, harga King Crab ni mahal. Sejak mengandungkan puteri kesayangan dan puteri kesayangan kini sudah 6 bulan baru dapat merasainya. Jadi sempena hari lahir isteri beberapa hari lepas, aku bawa isteri makan King Crab.

“betul ke jadi nak pergi” – isteri
“yela, memang jadi la. sudah booking” – aku

Di mana lokasi pilihan untuk makan King Crab?

Pilihan kami adalah ShellOut Ayer@8, Putrajaya. Aku dapat tahu ShellOut ni pun di Instagram. Sudah agak lama tengok hidangannya di Instagram. Bagi mengelakkan out of stock, aku booking terlebih dahulu. Pada mulanya aku hanya mesej (WhatsApp) di nombor yang tertera pada Instagram tetapi tanya banyak memang tiada respon sangat jadi aku terus telefon.

Kami pergi pada 8 Julai 2018 memandangkan waktu tu isteri cuti kerja. Susah betul isteri nak cuti padahal kerja kerani je tetapi mengalahkan kerja jawatan lain. Nak buat macam mana, itu rezeki yang ditakdirkan.

Apa yang kami order?

Skip, skip, skip… Jom tengok apa menu yang ada di ShellOut ini 🙂

Hidangan utama yang kami order adalah King Crab Leg. Selain itu, kami order Crawfish (500 gram), Scallop (250 gram), Octopus (300 gram), Broccoli (Half) disertakan dua hidangan nasi. Untuk minuman, hanya jus oren (kordial) dan Sky Juice.

Harga untuk setiap item adalah seperti tertera pada menu dan kalau ditengokkan King Crab Leg adalah market price. Semasa kami makan ni market price untuk King Crab Leg adalah RM288.10 per kilogram. Hidangan kami pula adalah 0.99 gram dan harganya adalah RM283.78. Jumlah yang dibayar pada hari tersebut adalah RM446.80 termasuk servis caj (RM40.62).

Nur Aufa Fathia leka tepuk meja

Pada pendapat peribadi, untuk King Crab aku boleh bagi 4/5 bintang kerana rasanya agak tawar! Hidangan lain memang sedap. Rasa nak tambah banyak lagi. InsyaAllah ada rezeki kami repeat lagi dengan lobster pula dan mungkin cawangan ShellOut yang lain pula.

Kat sini kalau bawa anak-anak, pihak ShellOut membenarkan semua ruang diconteng. Tetapi Aufa belum pandai menconteng 🙂

Exit mobile version