Kelas Silkscreen Percuma

Macam gembira je baca tajuk bila ada perkataan percuma. Cerita kali ini adalah mengenai kelas silkscreen percuma.

“aku nak, aku nak. bagi aku join weh”

“eh kejap, kejap… kelas silkscreen tu apa weh!”

Pada 11 December 2018 aku pernah menyertai kelas percetakan baju teknik silkscreen percuma di Ijok, Selangor. Aku terjumpa iklan kelas percuma silkscreen ni di laman sosial. Kelas percuma ini dibuat oleh Bahar Nordin dari More Dream Resources, juga pemilik Sekolah Cetak.

Cetak Baju Gaya Super

Ilmu itu mahal?

Pada April 2018 aku pernah menyertai kelas silkscreen berbayar. Harga dikenakan adalah RM900 untuk dua orang (aku dan isteri). Dapat barang asas percetakan silkscreen. Selepas hadiri kelas ini, aku memang terus ambil job. Tenaga pengajar waktu tu tak cerita cara kerja industri sebenar. Sewaktu itu memang aku menggunakan papan banting dengan ‘marking mata’. Satu kata, ini kerja gila!

Berbalik semula cerita kelas silkscreen percuma tadi. Bagi membolehkan menyertai kelas ini, aku ambil cuti tahunan sewaktu itu. Bukan selalu dapat peluang dan aku sebenarnya ada persoalan yang ingin ditanya. Lokasi yang agak jauh dari rumah dan aku sendiri tak pernah sampai Ijok maka ikut peta saja la. Dua jam lebih untuk sampai dari Banting.

Dalam 10 orang juga yang hadir. Rata-rata sebenarnya sudah memang tauke kedai percetakan. Hanya ingin tambah bisnes percetakan silkscreen sahaja.

Permulaan kelas mengenai asas editing. Bahagian ini aku biasa-biasa sahaja sebab sudah ada pengalaman tapi masih lagi beri tumpuan. Mana tahu ada ilmu baharu. Selepas itu, Bahar Nordin bercerita mengenai blok dan mesh. Ditunjukkan juga cara pasang mesh pada blok ketika itu. Serius banyak ilmu baru.

Bagi sesi teknikal mencetak, semua diarah ke sekolah cetak (bengkel cetak). Ini yang aku tunggu sebenarnya. Beliau ajar dari awal sampai siap cetak baju. Pada masa yang sama mata melilau perhatikan setiap sudut bengkel. Kagum dengan macam-macam peralatan. Sewaktu tu rubber dye ditaja oleh Biochem KL Branch.

Ini baju yang aku cetak

Selepas menyertai kelas ini, hasil cetakan pun sudah semakin bagus sebab banyak benda baharu aku pelajari. Malah bertambah kenalan. Orang kata, selain tambah ilmu perlu juga besarkan networking.

Kalau ada yang hendak belajar cetakan baju teknik silkscreen boleh la riki-riki beliau.

Kalau suka membaca, kenapa tidak cuba menulis.