Jom ke Zoo Melaka

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Pada 9 Jun 2022 aku pergi ke Zoo Melaka menunaikan janji untuk anak-anak.

Bertolak dari rumah jam 7 pagi dan sampai di Zoo Melaka pada 9.30 pagi. Seawal jam 9.30 tu pun dah penuh pengunjung. Beratur panjang nak beli tiket. Ini la padahnya tak beli tiket online.

Disebabkan kejar masa, sarapan pun tak sempat jadi masuk je kat dalam terus cari makanan. Boleh la walaupun biasa-biasa je. Maka bermula perjalanan pusing-pusing zoo. Seronoknya anak-anak memang tak terkata.

Tak ada gambar yang sempat diambil sebab perlu dukung si kecil puteri kedua sepanjang masa. Tak nak berjalan la pula. Sakit pinggang dan kaki nak habiskan satu zoo. Walaupun tak ada gambar tapi video sempat dirakam.

Jom tengok video aku sekeluarga ke Zoo Melaka kali ini

Hujung penamat tu hujan renyai tapi kitorang teruskan je. Disebabkan tempat dinosour belum masuk lagi, jadi kitorang masuk juga la tetapi baru nak mula hujan betul-betul lebat. Berteduh bawah khemah selama 1 jam. Alangkah ruginya masa dan kitorang patah balik selepas hujan mula berhenti. Anak-anak pun tak berminat dengan dinosour.

Semua pun dah bad mood kena hujan dan kelaparan. Keluar zoo aku sekeluarga teruskan perjalanan ke hotel iaitu Yellow Mansion Hotel. Kat sini berlaku kesilapan dimana aku salah hotel. Memang Yellow Mansion Hotel tetapi yang aku tempah di Melaka Raya, aku pergi Banda Kaba. Lagi sekali bad mood. Sepatutnya nak menginap di Hatten Hotel tetapi penuh disebabkan weekend dan cuti sekolah.

Malam jalan-jalan kat dataran A Famosa bagai tu dan begitulah ceritanya.

Kalau suka membaca, kenapa tidak cuba menulis.