Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Apa cerita kali ni?
Cerita kali ni adalah mengenai family day ofis. Pada 6 Februari 2025, syarikat telah mengadakan family day. Ini adalah kali pertama family day diadakan oleh syarikat. Kebiasaannya hanya bercuti ke mana-mana 5-star hotel atau taman tema air.
Lokasi family day ini adalah di DSH Villa Hulu Langat.
Disebabkan ada hal tertentu, aku hanya menginap satu malam sahaja di sana. Jadi hanya sempat Annual Grand Meeting pada malamnya dan sukaneka pada keesokan harinya.
Dalam sukaneka, menang game sukan beracun je. Jadi la dari tak ada. Habis sukaneka, aku dah balik tak sempat sertai BBQ pada malam harinya.
Bos minta tunggu tapi tak dapat. Rupanya ada sesuatu bos nak bagi.
Hadiah penghargaan untuk staff lama. Sedar tak sedar dah 11 tahun bersama Rafatech System, sejak 2014.
Semoga ianya menjadi pembakar semangat untuk terus maju ke depan. Amin.

