Site icon Mohd Farihan

Blog, Diari Masa Kini

Pada awalnya sekitar tahun 1994, blog merupakan diari peribadi yang dikongsikan atas talian. Anda boleh bercakap mengenai kehidupan harian atau berkongsi perkara yang anda lakukan. Tetapi kini orang ramai melihat peluang ini untuk menyampaikan sesuatu maklumat dengan cara yang baru.

Apa itu blog?

Blog (singkatan dari ‘web log’) adalah jurnal atas talian atau perkongsian maklumat yang dipaparkan secara kronologi. Kandungan terbaru dipaparkan terlebih dahulu, dan diikuti oleh kandungan-kandungan yang sebelumnya.

Ciri-ciri blog adalah arkib dan komen. Akan tetapi ada juga blog yang dinyah-aktifkan fungsi komen.

Kebanyakan dari kita masih keliru apa itu blog dan apa itu laman web. Hakikatnya blog merupakan salah satu fungsi yang ada dalam laman web.

Pelbagai perkongsian boleh dilakukan dengan adanya blog. Sesuatu blog akan berkembang dengan kandungan yang sentiasa ditambah dan dikemaskini. Semakin konsisten kandungan ditambah, semakin banyak perhatian blog tersebut perolehi.

Tetapi ingat kandungan ‘sampah’ walaupun banyak, tidak akan menjadi lombong emas

Blog yang baik bukan sahaja kerap menerbitkan kandungan, tetapi juga menerbitkan artikel yang mempunyai kualiti tinggi. Biasanya blog lebih mempunyai sentuhan personal dan ditulis menurut gaya bahasa tersendiri penulis.

Perlukah anda mempunyai blog?

Sebelum memiliki blog, anda haruslah putuskan apa objektif dan keperluan anda. Jika anda berminat untuk menghasilkan catatan perkongsian secara berkala dan konsisten untuk dibaca oleh orang ramai, mengapa tidak untuk memiliki blog.

Blog memberi maklumat, berinteraksi secara dua hala dengan orang lain dan membina jenama. Sudah tentu ianya bagus bagi pemilik sesuatu produk. Selain media sosial yang ada masa kini blog juga bagus untuk berinteraksi dengan pembaca dan membina follower tersendiri.

Malah blog juga boleh mendatangkan hasil jika kena gayanya.

Exit mobile version