Bercuti ke Kundasang, Sabah

Penghujung tahun 2025 aku dan keluarga bercuti di Kundasang, Sabah. Terletak 2000 meter dari aras laut, Kundasang adalah sebuah pekan kecil yang cukup istimewa di Negeri Bawah Bayu ini. Dikelilingi dengan kehijauan alam yang menyejukkan pandangan mata, udaranya juga mendamaikan jiwa.

Video pemandangan Gunung Kinabalu di Kundasang yang aku upload kat TikTok. Jom tengok sini

Kami bertolak ke sana pada flight awal pagi. Bagi aku ini kali kedua naik flight tetapi bagi wife & anak-anak saat tu merupakan pengalaman pertama mereka. Tak silap 2 jam setengah juga untuk sampai Kota Kinabalu.

Kitorang menyewa kereta untuk bergerak dari Kota Kinabalu ke Kundasang. Sampai sana sudah lewat petang dan sangat berkabus. Jadi sepanjang perjalanan memang tak nampak sangat Gunung Kinabalu.

Hanya keesokannya baru ada rezeki. Kami keluar seawal pagi yang mungkin dan pemandanganya sangatlah menakjubkan. Orang cakap, nak lihat Gunung Kinabalu ni memang kena awal pagi dan itu pun sekejap je. Selepas tu memang susah sebab berkabus.

Antara lokasi yang kitorang pergi adalah:

  1. Desa Cattle Dairy Farm
  2. Sosodikon Hill
  3. Kundasang War Memorial
  4. Pekan Nabalu
  5. Hidden Hill Kundasang
  6. Spring Garden Kundasang
  7. Alpaca Club Kundasang

Pengalaman ni sangat menyeronokkan bagi kami sekeluarga. Semoga ada rezeki untuk ke sana lagi next time.

Kalau suka membaca, kenapa tidak cuba menulis.