Cincin perak merupakan cincin yang dibuat dari bahan Perak 925 atau Sterling Silver.
Apa itu Perak 925 dan kenapa 925? Perak dalam bentuk aslinya iaitu 100% perak adalah logam yang sangat lembut. Disebabkan ianya sangat lembut, perhiasan 100% perak tidak wujud kerana sifatnya yang sangat lembut dan susah dibentuk. Oleh sebab itu, perak harus dicampur dengan logam lain untuk dibentukkan menjadi hiasan atau barang-barang lain.
Perak 925 adalah perak yang mengandungi kadar perak sebanyak 92.5%, manakala 7.5% adalah bahan logam lain. Bahan logam lain yang biasa digunakan ialah tembaga atau palladium.
Cincin perak atau emas sebenarnya sama sahaja, namun kebanyakkan masyarakat menilai cincin perak merupakan perhiasan kelas kedua selepas cincin emas.
Perlu diketahui merawat cincin perak tidak sama dengan merawat cincin emas. Walaupun perak cepat berubah warna dari bersinar menjadi pudar kecoklatan, kekuningan, menghitam dan kilaunya hilang tetapi sebenarnya perhiasan perak memiliki mutu yang lebih baik dibandingkan bahan lainnya seperti tembaga, janji anda boleh merawatnya dengan betul dan rajinkan diri untuk cuci aksesori perak anda supaya kembali berkilat seperti baru.
Bagi mendapatkan cincin perak custom, anda boleh buat tempahan dengan anak muda hebat ini iaitu Nasfu Sya’Ban. Pelbagai reka bentuk cincin boleh didapati dengan beliau. Beliau sering menerima tempahan dari pelusuk negeri.


